My Add

Wednesday 12 October 2011

Abdul Khalid Ibrahim kekal MB Selangor: Azmin Ali

 
RABU, 12 Oktober, 2011: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan tetap mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali (gambar) berkata, perkara tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat parti dan mengambil keputusan mempertahankan Khalid dengan kedudukannya.

Menurutnya, tidak pernah berbangkit soal menggantikan Khalid, kerana beliau  berjaya meletakkan asas kukuh di Selangor dalam pelaksanaan dasarnya yang mengambil berat isu rakyat serta diterima masyarakat secara keseluruhannya.

Aznin berkata, parti memberi ruang kepada ahli dan rakyat untuk menyuarakan pandangan dan maklum balas yang mana keputusan muafakat tetap mengekalkan Khalid kepada jawatannya. 

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima memorandum bantahan terhadap Khalid daripada terus menjawat jawatan itu.

“Ini isu lama yang sengaja dibangkitkan mungkin disebabkan pilihan raya umum yang bakal diadakan. Tiada desakan. Keputusan ini adalah pandangan parti dan rakyat secara amnya untuk kekalkan Khalid,” kata Anwar.


No comments:

Post a Comment