My Add

Sunday 16 October 2011

Anuar sedia hadapi saman bekas NC, pegawai Unisel

Bernama 
SABTU, 15 Oktober, 2011Pemangku Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Prof. Dr. Anuar Ahmad bersedia menghadapi tindakan mahkamah yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam, oleh bekas Naib Canselor universiti itu, Datuk Dr. Rosti Saruwono dan dua bekas pegawai kanannya.

Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun masih belum lagi melihat tuntutan dalam tindakan saman yang turut difailkan oleh bekas Dekan Fakulti Perniagaan, Prof. Dr. Khalifah Othman dan bekas pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Halid Hasbullah.

"Kita serah (kes mahkamah) kepada peguam yang akan mengendalikan kes ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen keenam Unisel di Bestari Jaya di Kuala Selangor, hari ini.

No comments:

Post a Comment