My Add

Friday 14 October 2011

BEPU saran kerajaan timbang ambil amah dari Kemboja

Bernama
JUMAAT, 14 Oktober, 2011: Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO Malaysia (BEPU) menyarankan agar kerajaan mempertimbangkan pengambilan pembantu rumah dari Kemboja bagi menampung keperluan di Malaysia.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, langkah itu juga dapat mengurangkan kebergantungan bekalan dari sumber utama Indonesia. 

"Dari pemerhatian, kita lihat ramai kaum wanita Islam hidup dalam kemiskinan tegar. Jadi saya mencadangkan supaya kerajaan mengambil pembantu rumah dari Kemboja kerana kebanyakan mereka boleh berbahasa Melayu dan budaya mereka juga tidak jauh berbeza dari budaya kita,” katanya kepada pemberita di Phnom Penh, Kemboja.

Katanya, secara tidak langsung kerajaan Malaysia juga dapat membantu umat Islam Kemboja yang rata-rata hidup dalam kemiskinan meningkatkan taraf hidup mereka.

Dalam perkembangan sama, Sohaimi yang juga Pengerusi Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia Muda, berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Cambodian Muslim Intellectual Alliance (CMIA) bagi mewujudkan 10 mini francais apam balik di Phnom Penh, menjelang hujung tahun ini.

No comments:

Post a Comment