My Add

Monday 10 October 2011

BN Pulau Pinang tubuh urus setia pemberian khas RM500

Bernama

ISNIN, 10 Oktober, 2011: Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang akan menubuhkan urus setia khas bagi memudahkan rakyat mendapat maklumat mengenai pemberian khas RM500 oleh kerajaan persekutuan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN negeri, Dr. Teng Hock Nan berkata, urus setia khas itu akan ditubuhkan di setiap pejabat perkhidmatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pejabat penyelaras BN negeri untuk membantu rakyat yang layak untuk mendapatkan pemberian khas tersebut.

"Selepas pengumuman pemberian khas tersebut, kami telah menerima banyak pertanyaan berhubung pemberian itu dan hasil mesyuarat telah memutuskan untuk menubuhkan pejabat urus setia tersebut untuk membantu rakyat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di George Town, hari ini.

Katanya, talian “hotline” juga akan disediakan dalam masa terdekat untuk memudahkan rakyat mendapatkan maklumat melalui telefon. 

No comments:

Post a Comment