My Add

Friday 14 October 2011

Buru ‘hantu’ jejaskan hubungan

Oleh AMRAN MULUP

Najib Razak
Utusan Malaysia
JUMAAAT, 14 Oktober, 2011: Malaysia dan Indonesia perlu mencari ‘hantu’ yang cuba merosakkan hubungan baik dua negara yang telah terjalin sejak sekian lama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, setakat ini hubungan antara kedua-dua negara tidak menghadapi sebarang masalah kerana ia sering kali dapat diselesaikan di meja rundingan.

“Tetapi apabila sekumpulan rakyat Indonesia mengepung pejabat Kedutaan Besar Malaysia (di Jakarta), ini sebenarnya cubaan merosakkan hubungan antara kedua-dua negara. Kalau pun ada masalah, jangan terlalu emosi hingga boleh menyebabkan keakraban antara Malaysia dan Indonesia terjejas.

“Ini ada ‘hantu-hantu’ yang tidak suka dengan hubungan kedua-dua negara yang telah terjalin dan saya minta mereka ini dicari,” katanya berucap merasmikan Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Ke-12 di Melaka malam tadi.

Beliau mengulas tunjuk perasaan anjuran pertubuhan bukan kerajaan Indonesia, Forum Betawi Rempug (FBR) di hadapan pejabat berkenaan semalam untuk menyatakan bantahan terhadap Malaysia yang kononnya mengambil tanah seluas lebih 1,000 hektar secara haram di Kalimantan Barat.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri yang juga Presiden DMDI, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Terdahulu Mohd. Ali dalam ucapannya berkata, DMDI sangat serius dalam merealisasikan wawasannya untuk menyatu dan membangunkan orang Melayu dan umat Islam.

Menurutnya, tumpuan lebih ke arah memperkasakan DMDI melalui sosiobudaya, dakwah, pelancongan, pendidikan, ekonomi, sains, teknologi, inovasi serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

“Setakat ini DMDI telah mencapai beberapa kejayaan termasuk penubuhan DMDI Finance House, DMDI Global, Yayasan DMDI dan Kolej DMDI,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya bercadang menubuhkan Bank DMDI bagi menyuburkan lagi ekonomi kaum Melayu dan umat Islam di bawah pertubuhan itu.

NAJIB mendengar penerangan Penasihat MAHS, Elmer Tan Soon Beng (kanan) pada majlis pecah tanah akademi Pengajian Han Malaysia (MAHS) di Bukit Katil, Melaka, semalam.

Penubuhannya akan membantu meningkatkan kecemerlangan akademik serta nilai-nilai positif yang diperlukan oleh manusia sejagat.

‘Han’ merupakan identiti etnik di China yang meliputi 94 peratus daripada populasi di tanah besar berkenaan menjadikannya kumpulan etnik terbesar di dunia.

Dinasti Han dianggap ‘Zaman Keemasan’ dalam sejarah China dan pengajian mengenainya dapat memberi pengetahuan tentang falsafah serta sikap saling menghormati sesama manusia.




No comments:

Post a Comment