My Add

Thursday 13 October 2011

Hudud: Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas dipanggil

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjlxQAZKbFR5OfpJEDSZQyzOo8UIxeCIsaCcAKvL5nfHtzdwi8I66aVZhGn11MMbde9ui6OWmVF2hMgiIzvgiF5a6_RGc6mTb3AWTRQobbet_bGCnPgm8bopBrcKEkoOuUwnEBCIMbPBgs/s1600/Hu-Pang-Chaw.jpg
Hu Pang Chaw
Bernama
KHAMIS, 13 Oktober, 2011: Jawatankuasa Pas Pusat akan memanggil Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw dalam masa terdekat bagi memberi penjelasan berhubung beberapa kenyataannya di media tidak selari dengan dasar parti. 

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata hari ini, meskipun ruang demokrasi dalam parti itu besar, namun apabila ia membabitkan isu dalaman, anggota parti disarankan supaya menyelesaikan secara bermesyuarat di dalam parti.

"Tidak dinafikan, Pas sebagai parti yang besar juga tidak dapat lari daripada dilanda pelbagai isu dalaman. Atas dasar itu, PAS sudah pun mempunyai pelbagai saluran parti untuk mendapatkan maklum balas dan penjelasan tentang sesuatu isu dalaman.

"Jangan jadikan isu dalaman isu luaran yang sering kali diambil kesempatan oleh musuh untuk menyerang parti. Jangan sesekali beri media perdana, terutamanya yang dikuasai musuh, peluang untuk 'mengadakan yang tiada dan memperbesarkan yang kecil' lebih lagi dalam keadaan PRU13 (Pilihan Raya Umum ke-13) semakin mendekat," katanya.

Semalam, Hu dilapor berkata, media di negara ini berhak mendapat gambaran sebenar apa yang berlaku dalam PAS terutama dalam soal hukum hudud. 

Hu berkata, beliau sama sekali tidak akan menyekat usaha media untuk bertemunya dalam menyuarakan pendapat masyarakat bukan Islam terhadap isu itu. 

"Dalam situasi parti sedang membuat persiapan akhir bagi memperkemaskan jentera pilihan raya umum, sewajarnya semua ahli PAS dan DHPP perlu mengeratkan kerjasama dan muafakat untuk menghadapi musuh," kata Tuan Ibrahim.  

No comments:

Post a Comment