My Add

Wednesday 12 October 2011

Hudud: MCA persoal DAP

Utusan Malaysia
RABU, 12 Oktober, 2011: MCA terus mempersoalkan pendirian DAP berhubung cara bagaimana parti itu menghalang rakan parti pakatan mereka, Pas untuk tidak melaksanakan hukum hudud di kelantan.

Naib Presidennya, Gan Ping Sieu berkata semalam, ini kerana surat yang dihantar kepada Lim Guan Eng bagi menjemput Setiausaha Agung parti itu untuk berdebat isu berkenaan masih belum terjawab sehingga kini.

“Surat tersebut telah dihantar seminggu lalu, namun ia masih belum dijawab. Kita mahu tahu apa pendirian mereka kerana sebelum ini banyak kenyataan mereka mengelirukan.

“Sebagai seorang pemimpin, saya harap Guan Eng `tidak lari' daripada memberi penjelasan. Saya harap rakyat dapat menilai sikap mereka yang tidak ada pendirian,'' katanya di lobi Parlimen.

Minggu lalu, MCA mencabar DAP untuk berdebat mengenai tindakan mereka untuk menghalang Pas daripada melaksanakan hukum hudud sebagaimana yang dibuat Barisan Nasional (BN) dalam menyatakan pendirian mereka.

No comments:

Post a Comment