My Add

Monday 10 October 2011

Hudud: Pang Chaw tidak kisah dikecam penyokong Pas

Bernama

ISNIN,10 Oktober, 2011: Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas Pusat (DHPP), Hu Pang Chaw berkata, beliau tidak kisah dikecam oleh ahli Pas sendiri yang menempelaknya gara-gara mengeluarkan kenyataan mengenai hudud.

"Terpulanglah kalau mereka mahu mendesak saya untuk meletak jawatan tetapi ini amanah besar parti demi kebaikan penyokong bukan Islam,” katanya kepada Bernama di Kota Bharu, hari ini.

Pang Chaw menimbulkan kontroversi dan kemarahan sesetengah ahli Pas selepas menyatakan rasa kecewa kerana soal hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh Pas Kelantan tidak dibincangkan bersama dengan sayap parti itu, DHPP.

Berikutan kenyataan itu, beliau dikecam hebat dalam beberapa laman web termasuk laman sosial Facebook yang mahukan beliau dipecat dari jawatan itu.

No comments:

Post a Comment