My Add

Saturday 15 October 2011

Jangan lengah urusan mohon pemutihan

Utusan Maalaysia
JUMAAT, 14 Oktober, 2011: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggesa majikan dan pendatang asing tanpa izin (PATI) tidak melengahkan urusan permohonan pemutihan bagi mengelakkan ia tertunggak atau lewat diproses.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pendaftaran dan Imigresen) KDN, Datuk Alwi Ibrahim berkata, amalan menunggu sehingga saat akhir perlu dielakkan kerana konsep siapa cepat dia dapat akan digunakan dalam meluluskan pemutihan PATI berdasarkan jumlah kekosongan kerja yang ada.

"Sejumlah 1,469 majikan telah hadir ke pusat pemutihan program 6P di Jabatan Imigresen di sini bagi menguruskan permohonan pemutihan 13,369 PATI dari 10 Oktober hingga semalam.

"Sejumlah 18,761 PATI yang terlibat dalam proses pengampunan di bawah program 6P pula dikesan telah keluar dari negara ini atau kembali ke negara asal," katanya dalam satu kenyataan di Putrajaya, semalam.

Lebih dua juta pendatang asing dilaporkan telah berdaftar di bawah program 6P dengan kira-kira sejuta adalah pendatang yang sah manakala 1.3 juta adalah PATI.

Proses pemutihan Program 6P melibatkan PATI bermula Isnin lalu dan majikan yang degil akan dikenakan tindakan.

No comments:

Post a Comment