My Add

Sunday 16 October 2011

Janji Najib, perbanyak, percepat projek rumah mampu milik

RAKYAT, terutama golongan berpendapat rendah dan sederhana sentiasa menunggu untuk membeli rumah mampu milik.


Penantian meraka bakal menjelang tiba, setelah janji Datuk Seri Najib Razak terlaksana bahawa kerajaan akan memperbanyakkan projek seumpama itu dalam tempoh terdekat.  

Kemampuan kerajaan melaksanakannya mula menbuahkan hasil, apabila Perdana Menteri senalam, melakukan proses cabutan fasa pertama 560 unit pangsapuri Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Presint 11 di Putrajaya.

Najib menyatakan, beliau sedar peluang rakyat untuk membeli rumah khususnya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana di sekitar Lembah Klang kurang daripada 10 peratus

Maka janji kerajaan kepada rakyat golonan terbabit untuk memiliki rumah sendiri akan teepenuh nanti.

Kerajaan kata Najib, akan menunaikan kehendak golongan itu memiliki rumah sendiri atau memegang hartanah bagi menyemaikan sense of ownerships (perasaan pemilikan) yang lebih erat kepada negara ini.

Beloau meminta mereka yang tidak berjaya dalam proses cabutan semalam, jangan putus asa. 


NAJIB Tun Razak membuat cabutan fasa pertama 560 unit pangsapuri Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Presint 11, Putrajaya, semalam. Turut hadir, (dari kiri) Abdul Mutalib Alias, Rosmah Mansor, Tengku Adnan Tengku Mansor dan Jamaludin Jarjis. - Utusan Malaysia/ZAKI AMIRUDDIN
Ini baru permulaan dalam perjalanan kita untuk bangunkan lebih banyak lagi rumah mampu milik di seluruh negara, katanya.

Najib bertanya, di mana ada kerajaan yang boleh sediakan sebegini baik kepada rakyatnya, kalau tidak bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada kerajaan.

"Saya tak tahu apa nak kata... sampai tak terkata.

"Insya-Allah, rakyat Malaysia akan terus terbela di bawah kerajaan sedia ada," kata beliau," katanya. 

Menurut Najib, beliau sendiri menyaksikan betapa pentingnya memberikan rakyat pertalian yang ada pada hartanah.

"Saya amat bertuah pada suatu ketika dahulu dapat mengikuti Allahyarham ayahanda saya (Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein) meninjau keadaan rakyat di rancangan tanah Felda.

"Saya dapat rasai betapa gembira dan komitednya rakyat yang telah diberi sebidang tanah dan sebuah rumah untuk memperbaiki keadaan kehidupan mereka, sehinggalah menjadi peneroka berjaya Felda sekarang," katanya.

Namun, Perdana Menteri berkat, situasi sekarang semakin mencabar dengan tanah kosong yang sesuai untuk projek perumahan di kota raya terutama Lembah Klang dan bandar-bandar besar semakin berkurangan.

Jika dalam era 90-an, katanta lagi, rumah teres di bandar baru Bangi boleh dibeli dengan harga RM150,000 sebuah, tetapi pada hari ini untuk mendapat harga yang sama, kita perlu mencari di kawasan yang lebih jauh dari Kuala Lumpur.

Di Lembah Klang, menurut Najib, beliau difahamkan harga purata rumah teres baru sekarang adalah RM450,000 sebuah dan pada harga tersebut, bayaran .ansuran bulanan boleh mencecah sehingga RM3,000 selama 20 bulan." 

Oleh sebab itu, kata Perdana Menteri, kerajaan menyarankan pihak pemaju supaya menurunkan harga rumah di Presint 11 kepada kadar yang mampu dibeli.

Harga rumah mampu milik yang ditawarkan hari ini adalah RM120,000 dan RM150,000 (berbanding harga sepatutnya masing-masing RM175,000 dan RM220,000).

Ini adalah hasil rundingan dan kerjasama baik serta usaha berterusan Ahli Parlimen Putrajaya, Tengku Adnan dan agensi-agensi terlibat khususnya Perbadanan Putrajaya, katanya

No comments:

Post a Comment