My Add

Sunday 16 October 2011

Kekalkan semangat kongsi kuasa

Utusan Malaysia
AHAD, 16 Oktober, 2011: Barisan Nasional (BN) harus mengekalkan semangat asal parti iaitu perkongsian kuasa secara bersama di kalangan parti komponen seperti pada zaman Tun Abdul Razak.

Ketua Pemuda Gerakan Nasional, Lim Si Pin berkata, semangat BN pada asalnya adalah perkongsian kuasa bersama dengan slogan satu parti satu undi.

"Oleh itu, sekretariat BN tidak harus dikuasai oleh UMNO sahaja sebaliknya membuka ruang kepada ahli daripada parti komponen yang lain," ujarnya ketika berucap pada Persidangan Perwakilan Pemuda Gerakan Nasional ke-24 di Kuala Lumpur, semalam.

Persidangan itu dirasmikan oleh Naib Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong.

Mengenai bakal calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Si Pin berpendapat ia bukan sahaja perlu memiliki ciri-ciri boleh menjamin kemenangan tetapi mesti mempunyai nilai etika yang tinggi terhadap sensitiviti rakyat.

"Sekadar boleh menjamin kemenangan masih belum mencukupi untuk dipilih sebagai calon.

"Kalau calon ini boleh menang 10,000 hingga 20,000 undi secara majoriti, apa guna jika mereka tidak tahu menjaga sensitiviti rakyat kerana rakyat mahukan wakil rakyat yang peka dengan sensitiviti mereka," katanya.

Sementara itu, Siew Keong mahu semua ahli meyakini kemampuan parti sendiri sebelum meyakinkan orang lain seperti ahli keluarga, rakan dan rakyat untuk menyokong parti.

"Masalah kita adalah ahli kurang yakin dengan parti yang menjurus kepada krisis dalaman parti," katanya.

No comments:

Post a Comment