My Add

Saturday 15 October 2011

Kelantan gagal tarik pelabur

Oleh AZRAN FITRI RAHIM

Utusan Maalaysia
JUMAAT, 14 Oktober, 2011: Kerajaan Pas Kelantan bukan sahaja gagal untuk menarik sebarang pelaburan baru dalam tempoh 10 tahun ini malah keadaan menjadi lebih buruk apabila ada di antara pelabur sedia ada berpindah ke negeri lain.

Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Hu Pang Chaw berkata, itu adalah hakikat sebenar yang berlaku di negeri ini disebabkan kerajaan yang memerintah tidak dapat mewujudkan suasana yang ‘mesra’ pelabur.

Beliau berkata, negeri ini mempunyai pelbagai kelebihan berbanding negeri-negeri lain tetapi ia tidak pernah digunakan.

“Saya tidak marah kepada kerajaan negeri, saya bercakap untuk membaiki kelemahan, banyak turun padang dan jumpa pelabur dari dalam dan luar negara. Mereka pernah bersungut macam-macam masalah dengan saya. Apabila keadaan ‘tidak menentu’ lebih baik mereka pergi ke negeri lain.

“Sejak 10 tahun lalu tiada pelaburan di negeri ini, saya pernah sebut (mengenai masalah pelaburan) ini tetapi nampaknya saya seperti budak di tepi jalan yang tidak diendahkan kerana saya bukan orang besar yang kata-katanya perlu diambil berat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai entri terbaru dalam laman blog Kickdefella bahawa Pang Chaw tidak akan meninggalkan Pas dan beliau kecewa dengan kegagalan Kerajaan Pas Kelantan melakukan transformasi.

Dalam entri tersebut, penulisnya, Syed Azidi Syed Abdula Aziz berkata: “Tiada siapa dapat menafikan peranan Pang Chaw dalam membawa masuk pelabur dari luar Kelantan dan dari kalangan usahawan Tionghua untuk membantu membangunkan Kelantan.

“Namun kerenah birokrasi dan enakmen-enakmen tertentu yang lapuk dan rigid membuatkan ramai pelabur tidak selesa atau berhadapan dengan masalah di pertengahan jalan.”

Pang Chaw berkata, pelabur hari ini boleh pergi ke mana-mana tempat di seluruh dunia yang menyediakan tawaran yang lebih baik kepada mereka.

“Pelabur ada duit, mereka boleh pergi satu dunia, apa kelebihan kita untuk menarik mereka datang. Contohnya Kelantan kalau tidak tunjukkan kelebihan dan keistimewaan pelabur tidak akan masuk.

“Sebenarnya Kelantan kaya dengan sumber asli, penduduk yang ramah dan tanah yang luas, negeri yang penuh dengan sejarah, tetapi semua ini tidak digunakan sepenuhnya,” katanya.

No comments:

Post a Comment