My Add

Tuesday 11 October 2011

Kenapa saya ditahan setelah jadi baik - Bob Lokman

SELASA, 11 Oktober, 2011: Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman ditahan oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) malam tadi, dipercayai menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah,

Bob Lokman, dibebaskan setelah memberi keterangan di Balai Polis Batu 18 di Hulu Langat, selepas selesai memberi ceramah agama di hadapan kira-kira 70 jemaah di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.

Penulis lirik lagu kesukaan ramai Isabella itu, bersama Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda Pas Pusat, Mohd Sany Hamzan bagi pihak penganjur ceramah itu. dikendaki hadir ke Pejabat Agama Daerah Hulu Langat hari ini, untuk memberi keterangan lanjut.  


No comments:

Post a Comment