My Add

Monday 10 October 2011

Kerajaan tarik balik cadangan naik elaun Ahli Parlimen

Bernama


ISNIN, 10 Oktober, 2011: Kerajaan menarik balik cadangan menaikkan elaun ahli parlimen berikutan bantahan daripada pemimpin kanan pembangkang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.


Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas kerajaan mengambil kira bantahan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), Lim Guan Eng (DAP-Bagan) dan Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian).


"Cadangan itu dibantah pemimpin pembangkang, jadi saya ambil maklum mereka bercakap bagi pihak ahli parlimen lain daripada parti masing-masing,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini. 

 

No comments:

Post a Comment