My Add

Wednesday 12 October 2011

Khalid Samad akui anak terima RM1,000 setahun duit zakat

Utusan Malaysia
RABU,12 Oktober, 2011: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mengakui menerima sumbangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi tujuan pembiayaan pelajaran anaknya di Jordan.

Beliau ketika dihubungi bagaimanapun berkata, sumbangan itu merupakan pemberian LZS sebanyak RM1,000 setahun kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran di Asia Barat tanpa biasiswa.

Menurutnya, pemberian sumbangan adalah perkara biasa dilakukan oleh LZS untuk asnaf fisabilillah untuk membantu mereka dalam pembelajaran.

"Memang anak saya menerima sumbangan RM1,000 setahun daripada LZS kerana dia tidak mendapat biasiswa. Sumbangan itu memang diberikan kepada pelajar yang berdaftar dengan persatuan pelajar Malaysia di Asia Barat.

"Anak saya belajar di Jordan dari 2001 hingga 2009 dan menerima sumbangan itu. Namun, dari segi yuran pengajian dan sara hidup, saya tanggung semuanya, tidak guna wang zakat," katanya di Shah Alam, semalam.

Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas laporan laman blog, http://sel13.com yang mendakwa beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor menggunakan wang zakat untuk membiayai pengajian anaknya di Asia Barat.

Menurut laman blog itu, sebagai ahli Parlimen dan seorang jurutera, Khalid mampu menanggung pelajaran anaknya, tetapi oleh kerana sifat tamak haloba beliau tanpa malu-malu menggunakan wang LZS untuk tujuan tersebut.

Khalid berkata, dakwaan yang disiarkan laman blog itu tidak benar kerana beliau menanggung kesemua kos pengajian anaknya itu di Jordan selama lapan tahun.

"Saya tidak guna wang zakat, dakwaan itu (dalam laman blog) tidak benar. Saya tanggung semua kos pengajian anak saya," katanya.

No comments:

Post a Comment