My Add

Wednesday 12 October 2011

KITA letak calon di tiga negeri

Utusan Malaysia
RABU, 12 Oktober, 2011: Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) akan meletakkan calon tempatan untuk bertanding di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor, Pahang dan Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Pengerusinya, Datuk Zaid Ibrahim berkata, pihaknya kini meneliti calon yang berpotensi boleh menang dan menjadi perintis kekuatan parti berkenaan dalam arena politik pada masa akan datang.

Menurutnya, calon yang dipilih adalah anak tempatan yang berwibawa, dihormati, bertanggungjawab dan diterima oleh semua lapisan masyarakat di kawasan masing-masing.

“Ada kemungkinan calon terbabit tidak semestinya daripada kalangan ahli parti KITA, tetapi mempunyai aspirasi untuk membangunkan negara dan ke arah perubahan demi kesejahteraan rakyat.

“Saya mempelawa tokoh yang ingin bertanding menggunakan lambang KITA pada pilihan raya umum akan datang menghubungi kami,'' katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan ahli KITA di Jerantut, kelmarin.

Menurutnya, KITA tidak mahu calon yang mempunyai niat mengejar kekayaan dan juga populariti tanpa mahu berkhidmat dengan baik.

Dalam pada itu beliau mengulangi pendirian bahawa KITA tidak menyokong atau bergabung dengan mana-mana parti politik yang boleh memusnahkan kesejahteraan negara dan rakyat.

Justeru, katanya, KITA juga menyokong segala usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) selagi parti tersebut menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan adil sambil berharap dapat melaksanakan program transformasi dengan berkesan serta cemerlang.

No comments:

Post a Comment