My Add

Monday 10 October 2011

Kritikan pembangkang bukan perkara baru: Abdullah Badawi

Bernama


CYBERJAYA 8 Okt0ber, 2011: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan tindakan parti pembangkang yang mengkritik Bajet 2012 sebagai tugas hakiki mereka sejak sekian lama.Beliau berkata, ini kerana tindakan yang sama turut dilakukan bukan hanya semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri tetapi juga sebelum itu lagi


“Mereka perlu memperkatakan sesuatu berkenaan Bajet 2012 dan mereka telah menyatakan perkara yang sama, termasuk semasa saya sebagai Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penghargaan Artis Pencinta Alam (APA) anjuran Yayasan Pulau Banding di Cyberjaya, semalam. 


Turut hadir isteri beliau, Tun Jeane Abdullah. Majlis itu diadakan sebagai menghargai penyertaan artis popular tempatan yang berkampung di Belum Rainforest Resort, Pulau Banding, Grik, Perak, selama tiga hari bagi menjayakan program APA mulai 8 hingga 10 Julai lalu.


Beberapa pemimpin dan wakil rakyat pakatan pembangkang yang dipetik melalui portal pro pembangkang menganggap Bajet 2012 yang dibentangkan oleh kerajaan di Parlimen semalam sebagai tidak realistik dan bajet pilihan raya.


Sehubungan itu, Abdullah berkata, beliau berharap pelaksanaan Bajet 2012 dapat dilakukan dengan berkesan bagi memastikan rakyat dapat merasai faedahnya.“Secara keseluruhannya, ia adalah bajet yang bagus dan saya berharap pelaksanaannya dapat dilakukan dengan secepat mungkin,” katanya.

 

No comments:

Post a Comment