My Add

Tuesday 11 October 2011

Masakan royalti, dokumen pun tak bagi - Salahudin Ayub

Nazri Abdulla
Harakahdaily




SELASA, 11 Oktober, 2011: Pas menggesa kerajaan Pusat berlaku jujur dalam isu tuntutan royalti Kelantan yang sehingga kini masih dinafikan pembayarannya.

Bercakap sewaktu membahaskan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat semalam, Salahudin Ayub (Pas- Kubang Kerian) berkata, penemuan terbaru menunjukkan Kelantan sememangnya berhak menerima pembayaran 5 peratus royalti itu.

Beliau merujuk kepada penemuan terbaru yang mendedahkan bahawa dua lagi kawasan zon minyak ditemui di Medan Bumi dan Medan Suria yang tidak masuk dalam kawasan bertindih Joint Development Area (JDA).

"(Medan Suria dan Medan Bumi) Bukan masuk JDA. Tidak lagi bertindih dengan Thailand. Kalau JDA, okey. Itu kita beri dengan Thailand dan royaltinya kita dapat bersama tetapi yang paling baru ialah Medan Bumi dan Medan Suria," kata Naib Presiden Pas itu.

Selain itu juga ujarnya, kerajaan Kelantan juga tidak diberitahu tentang kawasan bertindih dengan Terengganu di sempadan iaitu di Medan Lawit, di Medan Damar dan Medan Bintang.

"Apa yang lebih memedihkan dan menyayat hati ialah apabila kita minta Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur baru-baru ini untuk apa yang dikatakan document discovery.

"Tuan Yang di-Pertua bukan minta duit lagi, hendak minta didedahkan dokumen itu, berapa banyak, berapa luas, berapa sebenarnya kuantiti hasil petroleum itu pun dinafikan hak Kerajaan Negeri Kelantan," katanya lagi.

Beliau juga menggesa pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam agihan Bajet 2012 'mengenepikan perbezaan politik kepartian' kerana yang akan menjadi mangsa kepada sikap itu adalah rakyat sendiri.

"Agihan mesti diluar daripada dendam kesumat atau dendam politik...

"Ini penting kerana itu ialah wang rakyat. Itu hak negara. Hak yang kita kongsikan bersama," katanya.

No comments:

Post a Comment