My Add

Saturday 15 October 2011

MB Perlis cadang Pengerusi MADA digilirkan

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2008/10/sabu3.jpg
Dr. Md. Isa Sabu
Bernama
SABTU, 15 Oktober, 2011: Kerajaan negeri Perlis mahu pelantikan Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dilakukan secara bergilir antara Kedah dan Perlis.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata sejak MADA diwujudkan pada 1970 belum ada wakil dari Perlis yang dilantik sebagai pengerusinya.

"Sudah tiba masanya pelantikan ini dilakukan secara bergilir antara Kedah dan Perlis kerana operasi MADA turut merangkumi negeri Perlis,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Perlis 2011 anjuran bersama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan kerajaan negeri Perlis di Kangar, hari ini.

Mengikut Akta MADA 1972, pengerusi lembaga itu hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong manakala ahli lembaga yang lain dilantik oleh Menteri.

MADA kini mengendalikan kawasan padi seluas lebih 129 hektar yang sebahagian besarnya terletak di Kedah.

Md. Isa juga mencadangkan agar satu masa kelak, MADA diasingkan pentadbirannya dari Kedah dan diwujudkan MADA Perlis.

Beliau juga berharap Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) turut melantik wakil daripada negeri Perlis menduduki kerusi lembaga pengarahnya berikutan negeri ini turut menjana kemasukan pelancong ke pulau bebas cukai itu.  

No comments:

Post a Comment