My Add

Wednesday 12 October 2011

Media berhak dapat gambaran sebenar tentang Pas

Bernama
RABU, 12 Oktober, 2011: Media di negara ini berhak mendapat gambaran sebenar apa yang berlaku dalam Pas terutama dalam soal hukum hudud, kata Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Pusat, Hu Pang Chaw.

Katanya, beliau sama sekali tidak akan menyekat usaha media untuk bertemunya dalam menyuarakan pendapat masyarakat bukan Islam terhadap isu itu.

"Saya tahu apa kerja wartawan yang mahukan maklumat sebenar. Kenapa saya mahu menyekat mereka untuk mendapatkan gambaran sebenar itu.

"Saya bekas wartawan dan prinsip saya jelas bahawa wartawan berhak tahu apa yang berlaku,” katanya di Kota Bhar, hari ini.

Pang Chaw berkata demikian mengulas tindakan Dewan Pemuda Pas Kelantan yang mendesak agar beliau tidak lagi menggunakan media berhubung isu hudud sebaliknya mengamalkan sikap berbincang mengikut saluran parti.

Beliau berkata wartawan harus membuat laporan dengan tepat kerana khuatir ia akan dimanipulasi pihak tertentu bagi tujuan yang tidak baik.

"Saya menyambut baik mana-mana pihak dalam Pas untuk berbincang dengan saya kerana ini yang saya mahu tetapi jangan sekat saya untuk bertemu media kerana saya tahu kerja wartawan,” katanya.

Pang Chaw berkata, cadangan DHPP Perak agar beliau menyaman mana-mana akhbar yang telah menyeleweng fakta sebagai tidak perlu.

"Saya tidak akan menyaman mereka kerana wartawan juga adalah manusia yang kadang-kala ada membuat kesilapan,” katanya. 

No comments:

Post a Comment