My Add

Thursday 13 October 2011

Mesrakan undang-undang, kawal aturan dan inovasi - Mahathir


Bernama

KHAMS, 13 Oktober, 2011: Kerajaan mesti meneliti semula undang-undang dan kawal aturan serta mengemas kini, jika perlu, bagi menjadikannya mesra inovasi, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Beliau berkata, kerajaan wajar menyemak semula dasar bagi memastikan ia masih relevan kepada keadaan perniagaan semasa dan persekitaran yang pesat berkembang.

"Kita perlu menimbang sama ada undang-undang terbabit masih boleh dipakai hari ini atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Persidangan Inovasi FMM di Kuala Lumpur, hari ini oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili.

"Kecuali kita memahami dan membuat penyesuaian, kita tidak akan mendapat pendapatan tinggi,” katanya merujuk ekonomi berpendapatan tinggi yang dihasratkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Selain usaha kerajaan, rakyat perlu mengubah minda supaya dapat berfikir secara inovatif, katanya.

"Jika ada perubahan minda, mudah untuk kita melakukan inovasi,” katanya.
Bagaimanapun katanya, ahli perniagaan tidak wajar menganggap peraturan sebagai halangan untuk melakukan inovasi dalam perniagaan, dan menggesa mereka memikir secara inovatif.

"Jika mereka (ahli perniagaan) memperhalusinya, mereka dapat memiliki kelebihan untuk diri sendiri dengan kemahiran yang mereka miliki,” katanya.

No comments:

Post a Comment