My Add

Friday 14 October 2011

Orang ramai boleh kendali Kedai Rakyat 1Malaysia

Bernama
JUMAAT,14 Oktober, 2011: Kabinet hari ini bersetuju supaya pengendalian Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dibuka kepada orang ramai yang berminat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sehubungan itu, katanya ia akan memberi peluang kepada orang ramai termasuk pengusaha kedai runcit untuk mengendalikan sendiri kedai KR1M tanpa penglibatan pasar raya besar Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) sebagai pihak pengurusannya.

"Jadi terpulang kepada mereka yang berminat sama ada untuk membuka sebuah kedai baru ataupun menyediakan satu ruang khas menjual produk KR1M tetapi masih menggunakan nama kedai yang sama,” katanya kepada pemberita di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri berkata bagaimanapun produk KR1M buat masa ini perlu dibeli daripada pembekal utama iaitu Mydin bagi memudahkan mengawal kualiti barangan yang dijual.

"Kementerian juga sedang merangka syarat dan terma bagi memastikan polisi KR1M tidak terjejas dan ia dijangka siap dalam waktu terdekat,” katanya.  

No comments:

Post a Comment