My Add

Friday 14 October 2011

Pas nak tahu 40 ribu pemilih 'diragui', apa jadi dengan ALIS?

Harakahdaily 
JUMAAT, 14 Oktober, 2011: Pendedahan wujud 40,000 pemilih 'diragui' yang mahu dipamer oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) kepada umum menimbulkan persoalan apa sudah jadi dengan Agency Link-Up System (ALIS).

ALIS, satu sistem yang menghubungkan pengkalan data SPR dengan pengkalan data warganegara di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ia digunakan bagi mengenalpasti individu yang mendaftar sebagai pemilih adalah sah sebagai warga negara.

"Sebelum ini SPR begitu berbangga kerana mempunyai sistem yang dihubungkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dikenali sebagai ALIS (Agency Link-Up System). 

"Sudah pastilah JPN mempunyai pengkalan data yang paling canggih dalam negara kita. Tapi apa sudah jadi dengan sistem ini," tanya Exco Dewan Pemuda Pas, Suhaizan Kayat.

Beliau yang juga Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi dewan itu turut mempersoal adakah JPN tidak memiliki identiti semua warga negara Malaysia sehingga perlu dipaparkan kesemua 40 ribu pemilih yang meragukan kepada media.

Suhaizan berkata, sepatutnya dengan sistem ALIS itu, SPR dan JPN sudah mampu membezakan antara pengundi asli dan pengundi palsu.

"Mengapa baru sekarang SPR menyedari pemilih yang meragukan. Apakah sebelum ini SPR tidak menyedarinya?

"Kalau tidak menyedarinya bagaimana status pilihan raya ke-12 yang penuh dengan daftar pemilih yang tercemar," soalnya lagi.

Selain itu beliau turut mempersoal apakah SPR sudah tidak yakin dengan JPN kerana kelemahan sistem pengkalan datanya sehingga terpaksa dipamer kepada umum.

Beliau mahu SPR menjelaskan ke mana hilangnya sejumlah 10,000 lagi nama yang sebelum ini didakwa sedang di siasat oleh mereka.

Dalam kenyataan media yang terbaharu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof menyatakan, terdapat 40 ribu pengundi yang diragukan. 

No comments:

Post a Comment