My Add

Wednesday 12 October 2011

PDRM komited jadikan Malaysia negara paling selamat


Bernama

RABU, 12 Oktober, 2011: Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited untuk mengurangkan indeks jenayah jalanan bagi membolehkan Malaysia terus memperbaiki kedudukannya sebagai antara negara paling selamat dan aman di dunia.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, menurut Global Peace Index (GPI) oleh Institut Ekonomi dan Keamanan di Sydney dan New York, Malaysia menunjukkan prestasi membanggakan dalam tempoh tiga tahun untuk berada di tangga ke-19 antara 153 negara paling selamat tahun ini berbanding tangga ke-22 tahun lepas dan ke-26 tahun sebelumnya.

"Pencapaian dan peningkatan ini sangat membanggakan dalam tempoh tiga tahun, terutama dalam konteks kesungguhan tiga konstituen iaitu kerajaan, polis dan masyarakat, yang menentukan negara kita tersenarai dalam GPI sebagai antara 20 negara yang dikategorikan paling selamat dan aman di dunia,” katanya ketika melancarkan program pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Ops Utama Perdana peringkat negeri di Kota Kinabal, hari ini.

Khalid berkata, usaha mencegah dan membanteras jenayah juga dipertingkatkan melalui penambahbaikan usaha dan strategi secara berterusan.
Katanya PDRM mengadakan inisiatif pencegahan jenayah jalanan sebagai usaha berkesan menurunkan indeks jenayah berlandaskan konsep kepolisan masyarakat dan rondaan di jalanan.

No comments:

Post a Comment