My Add

Wednesday 12 October 2011

Pertikai Sultan Selangor: Aziz Bari dibidas di Parlimen

Bernama
RABU,12 Oktober, 2011: Beberapa Ahli Parlimen hari ini membidas pensyarah undang-undang, Prof Dr Abdul Aziz Bari kerana kenyataannya yang mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan gereja di Damansara Utama Ogos lalu.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu wajar dikenakan tindakan kerana kenyataannya seolah-olah tidak menghormati sultan sebagai ketua agama Islam.

Beliau turut menyangkal hujah Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) yang berpendapat, sarjana perlu diberi kebebasan untuk menyatakan pandangan mereka.

"Memang kita ada kebebasan untuk bercakap dan memberikan kritikan membina tetapi ada batasnya. Dia (Aziz) kritik salah tempat dan salah masa.

"Saya minta tindakan tegas diambil terhadap Aziz. Saya tidak kisah dia ikut parti mana,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang mencelah perbahasan Bung Mokhtar turut bersetuju bahawa tindakan perlu dikenakan terhadap Abdul Aziz kerana menyifatkan banyak kenyataan dan tulisan pensyarah itu mengelirukan rakyat selain bersifat partisan.

"Kalau beliau menuduh Tuanku Sultan Selangor membuat kenyataan yang berpihak kepada parti tertentu, saya lihat Aziz juga berpihak pada parti politik tertentu. Jadi kalau (Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu) Mat Sabu diambil tindakan kerana kenyataan yang menghina, saya setuju tindakan turut diambil terhadap Aziz Bari,” katanya.

Pandangan sama dikongsi Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baru) yang secara sinis menyifatkan tindakan itu tidak seharusnya dilakukan oleh seorang yang menggelarkan dirinya sebagai ”pakar Perlembagaan”, kerana menurutnya kuasa sultan dalam hal telah jelas termaktub mengikut Artikel 47 dan 48 Perlembagaan Persekutuan. 

No comments:

Post a Comment