My Add

Wednesday 12 October 2011

PLKN: Kerajaan belanja RM4.7b sejak ditubuhkan 2004


Bernama

RABU,12 Oktober, 2011: Kerajaan membelanjakan RM4.7 bilion bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sejak ditubuhkan pada 2004 sehingga 31 Ogos tahun ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.


Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, program itu berjaya memberi kesedaran awam kepada pelatih untuk menjadi warganegara yang baik melalui imej dan perlakuan positif dan tidak mudah terlibat dengan kes jenayah.

"Walaupun kementerian ini tidak mempunyai statistik remaja yang pernah menyertai PLKN, tetapi masih terlibat dalam kes jenayah, namun kementerian yakin remaja yang menjalani PLKN mampu menjadi remaja yang mempunyai jati diri kukuh,” katanya menjawab soalan Amran Abdul Ghani (PKR-Tanah Merah).

Dr Abdul Latiff berkata, peserta yang menyertai program PLKN didapati berjaya mengawal diri daripada terjebak dengan kes jenayah berdasarkan peningkatan pendaftaran pelatih dalam Pasukan Sukarela dari tahun ke tahun.

"Kajian-kajian yang dilaksanakan antaranya kajian keberkesanan PLKN bersama kumpulan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia di mana hasil kajian menunjukkan maklum balas yang positif melebihi 80 peratus terhadap semua komponen yang dinilai iaitu semangat patriotisme, perpaduan kaum, semangat kesukarelaan, berperwatakan positif dan pembentukan remaja yang cergas,” katanya.

No comments:

Post a Comment