My Add

Friday 14 October 2011

Poli Johor mahu pulihkan isu tercemar

Bernama
JUMAAT, 14 Okt0ober, 2011: Polis akan meneruskan penjelasan mengenai tahap keselamatan di Johor kepada pelabur asing dan media khususnya dari Singapura bagi menangkis persepsi negatif terhadap negeri itu yang ditimbulkan oleh pihak tertentu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, tanggapan kononnya Johor adalah negeri yang tidak selamat terutamanya kepada warga Singapura adalah tidak berasas sama sekali.

"Hanya dua kes culik yang melibatkan rakyat Singapura dicatatkan dari tahun 2008 sehingga kini. Jenayah melibatkan rakyat Singapura tahun lepas hanya 320 orang berbanding 14 juta orang yang memasuki negeri ini dengan sebilangan besar kes itu adalah kehilangan kereta dan motosikal,” katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama media Johor dan Singapura di Johor Bahru, hari ini.

Mohd. Mokhtar berkata, penjelasan yang disampaikan kepada media republik itu dapat memberi gambaran yang tepat tentang keadaan sebenar di Johor supaya keyakinan pelancong dan pelabur asing terhadap keselamatan mereka dapat ditingkatkan.

Untuk meningkatkan keselamatan di Iskandar Malaysia khususnya, usaha sedang dibuat untuk menambah bilangan kereta peronda serta kamera litar tertutup bagi meningkatkan pengawasan, katanya. 

No comments:

Post a Comment