My Add

Sunday 16 October 2011

Presiden Gerakan akan buat keputusan 'sukar'


Khairy Jamaluddin bersama barisan Exco Pemuda Gerakan di Menara PGRM, Kuala Lumpur, semalam. - Utusan Malaysia/AHMAD ZAKKI JILAN










Utusan Malaysia
AHAD, 16 Oktober, 2011: Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon menegaskan beliau akan membuat beberapa keputusan sukar sedikit masa lagi.

Katanya, ini termasuk mengenai kedudukannya dalam parti serta keputusan sama ada akan menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang.

''Keputusan itu nanti mungkin menyebabkan sesetengah ahli dan pemimpin parti tidak menyukainya.

''Tetapi, saya di sini bukan untuk memuaskan hati semua pihak," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan persidangan Majlis Anggota Seumur Hidup Gerakan di Kuala Lumpur, semalam.

Tsu Koon mengadakan sidang akhbar tergempar tersebut apabila ramai pemberita cuba mendapatkan reaksinya ekoran saranan terbuka Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe supaya tidak bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Menjawab persoalan itu, Tsu Koon secara sinis memberitahu Lian Hoe mungkin memahami segala strategi, kedudukan dan cabaran parti jika lebih kerap menghadiri mesyuarat jawatankuasa kerja pusat parti berkenaan.

"Memang saya akan membuat beberapa keputusan sukar selepas ini dan saya harap beliau (Lian Hoe) akan dapat menerimanya dengan baik," katanya.

No comments:

Post a Comment