My Add

Wednesday 12 October 2011

PSC bagi proses pilihan raya adakan sesi pendengaran awam

Bernama
RABU,12 Oktober, 2011: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya akan mengadakan sesi pendengaran awam pertama di Parlimen pada 11 dan 12 November ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, jawatankuasa itu juga memutuskan lima lokasi lain bagi mengadakan sesi itu.

Lokasi-lokasi itu ialah di Kompleks Persekutuan Sabah, di Kota Kinabalu, Sabah (25 dan 26 November) dan di Wisma Bapa Malaysia, Petrajaya, di Kuching, Sarawak (8 dan 9 Disember).

Tiga lagi lokasi ialah Dewan Sri Pinang, Lebuh Light di Pulau Pinang (15 dan 16 Disember), Bilik Gerakan Negeri, Kota Darul Naim, di Kota Bharu, Kelantan (7 dan 8 Januari 2012) dan Bilik Gerakan Tun Abdul Razak, Bangunan Sultan Ismail, di Johor Bharu, Johor (12 dan 13 Januari 2012).

"Setiap rakyat Malaysia dan persatuan berdaftar boleh menghantar cadangan masing-masing kepada jawatankuasa ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di bangunan Parlimen, hari ini.

Maximus yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, sesi pendengaran awam bertujuan mendapatkan cadangan dan maklum balas daripada orang ramai berhubung penambahbaikan sistem pilihan raya di negara ini.

APENGERUSI Jawatankuasa Pilihan Khas berhubung penambahbaikan proses pilihan raya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (kanan) tersenyum melihat gelagat Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad yang berseloroh dengan Dr Hatta Md Ramli (tiga dari kanan) pada mesyuarat pertama jawatankuasa itu di bangunan Parlimen, hari ini. - Foto Salim Shaari

No comments:

Post a Comment