My Add

Sunday 16 October 2011

Sayap Pemuda BN usah buat spekulasi - Khairy Jamaludin

Bernama
AhAD.16 Okober, 2011: Pergerakan Pemuda parti komponen Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak membuang masa dengan membuat sebarang spekulasi mengenai tarikh dan calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Pengerusi Pergerakan Pemuda BN, Khairy Jamaludin berkata, semua sayap Pemuda sepatutnya menumpukan sepenuh usaha dan tenaga ke arah persediaan untuk menghadapi PRU akan datang.

"Jangan buang masa berteka-teki tarikh PRU sama ada November, Disember atau Mac dan siapa calon yang akan bertanding.

"Kita sekarang berada di persimpangan yang penting bagi memastikan BN dapat memperoleh kemenangan besar dalam PRU akan datang," katanya ketika berucap pada Persidangan Perwakilan Pemuda Gerakan Nasional ke-24 di Kuala Lumpur, hari ini.

Tambahnya, persediaan rapi perlu dilakukan oleh semua parti komponen bagi memperoleh sokongan rakyat terutama generasi muda kerana mereka akan menilai kerajaan berdasarkan perhatian dan bantuan yang diberikan.

No comments:

Post a Comment