My Add

Monday 10 October 2011

Serbuan JAIS ke atas gereja betul - Sultan Selangor

Sultan Sharafuddin Idris Shah
ISNIN,10 Oktober, 2011: Menurut laporan terkini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah gereja di Petaling Jaya Ogos lalu adalah betul dan tidak menyalahi undang-undang yang dikuatkuasakan di negeri ini.

Baginda bertitah, tindakan itu selaras dengan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam Selangor 1988.

Tindakan JAIS betul dan berdasarkan undang-undang - Titah Sultan Selangor


Titah baginda, merujuk kepada siasatan JAIS, terdapat keterangan bahawa ada cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah umat Islam tetapi bukti yang diperoleh tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang.

“Oleh itu setelah meneliti dengan mendalam laporan JAIS dan setelah mendapat nasihat dari pakar-pakar agama dan undang-undang, beta bersetuju tiada pendakwaan akan dibuat terhadap mana-mana pihak.

“Walau bagaimanapun, beta menitahkan JAIS memberi kaunseling kepada orang Islam yang terlibat dalam majlis tersebut supaya akidah dan kepercayaan mereka terhadap agama Islam dapat dipelihara dan dipertingkatkan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Baginda melahirkan rasa amat tersinggung dengan usaha-usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di Selangor.

Justeru, baginda menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS agar memantau rapi serta mengambil tindakan sewajarnya tanpa teragak-agak terhadap usaha itu.
NONE

Sultan Selangor pernah terkejut berhubung cadangan penubuhan majlis penasihat syura diperkenanankan baginda bagi menyelesaikan isu pemeriksaan JAIS terhadap gereja berkaitan.

Menurut Setiausaha sulit kepada baginda Datuk Mohamad Munir Bani, apa yang berlaku, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menyembah maklum hasratnya membawa mufti negeri bagi bertemu pihak gereja.

Menurut Mohamad Munir lagi, sultan tidak menghalang hasrat Khalid memanggil gereja, tetapi menasihatkan timbalan mufti dijemput sekali.

"Oleh yang demikian, isu tentang DYMM Sultan Selangor menitahkan atau menasihatkan kerajaan negeri Selangor menubuhkan majlis penasihat syura adalah tidak benar," kata Mohamad Munir.

Menurut Khalid pula, idea penubuhan majlis tersebut dicadangkan oleh Sultan Selangor hasil perbincangan mereka.

Bagaimanapun Sultan juga berpendirian,  majlis penasihat syura atau badan berbentuk dialog berkaitan agama "tidak pernah diperkenankan".

Ini kerana, tambahnya, selain JAIS, negeri itu mempunyai Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan jabatan mufti negeri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pernah mengulas tuduhan pihak tertentu bahawa serbuan JAIS ke atas gereja itu didalangi UMNO adalah tidak masuk akal dan melulu. 

Najib, sebagai Presiden UMNO menjelaskan bahawa isu itu adalah melibatkan pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang juga berhak mengarahkan JAIS melakukan sebarang serbuan dan bukannya UMNO.

"Itu semua tuduhan, macam mana kita (Umno) nak arahkan orang yang bukan di bawah UMNO. JAIS di bawah siapa? Bukan di bawah UMNO, yang melakukan perkara ini siapa, bukan orang UMNO.

"Takkan UMNO boleh arahkan orang bukan UMNO melakukan serbuan, ini tak masuk akal, kalau buat tuduhan tak masuk akal ini susahlah, ia adalah tuduhan melulu," katanya.  

Najib berkata UMNO tetap berpegang kepada prinsip Perlembagaan Negara bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan dan agama lain bebas diamalkan di mana-mana bahagian di dalam negara. 

PAS pula yang curiga bukti dipelopori blog pro-UMNO, menududuh tindakan JAIS yang melengahkan siasatan sehingga menimbulkan polemik umum. Usaha itu, khabarnya terbantut.

Pas sendiri tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hassan Ali yang menyokong tindakan JAIS itu, kecuali Pas mendengar penjelasan beliau sahaja.

“Kita tak bincang apa-apa ketetapan pun terhadap Dr Hassan dan beliau datang hari ini kerana menghadiri mesyuarat ajk, bukan kerana dipanggil,” kaa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dipetik sebagai berkata. ini tidak mendatangkan kebaikan kepada semua,
malah, ia diburukkan lagi apabila pada waktu yang sama, ada pihak dalaman yang meledakkan pelbagai bukti dalam blog pro-UMNO. 

Satu laporan lain dikatakan ditulis oleh seorang pegawai kanan JAIS  berhubung pemeriksaan di premis gereja berkenaan  telah tersebar di internet, dengan berapa blogger mendesak mengapa Khalid Ibrahim lambat menyatakan pendirian berhubung kontroversi tersebut.

Di bahagian akhir laporan bertarikh 4 Ogos itu, disebarkan melalui
beberapa blog, dan dipetik oleh akhbar harian.  

Laporan itu juga menyebut ia bermaksud untuk "menjelaskan" apa yang berlaku apabila operasi oleh 13 anggota JAIS dan 20 anggota polis telah dijalankan pada 3 Ogos di gereja itu. Ini berikutan kebocoran video operasi yang sama, beberapa hari yang lalu. 


Selangor tubuh jawatankuasa khas perkasa SOP JAIS

Sementara itu, Bernama melaporkan, Kerajaan negeri Selangor akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk memperkasakan Prosedur Operasi Standard (SOP) di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi membolehkannya memantau cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah umat Islam dengan teliti dan berkesan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, jawatankuasa itu akan dianggotai tokoh perundangan dan pakar agama selain pegawai kanan kerajaan.

"Kerajaan negeri Selangor tidak akan menoleh ke belakang lagi disebabkan isu ini. Sebaliknya ini memberi kesedaran tentang keperluan untuk mengukuhkan penguatkuasaan JAIS serta pengumpulan bukti,” katanya dalam kenyataan di Shah Alam, hari ini. 




No comments:

Post a Comment