My Add

Tuesday 11 October 2011

SUHAKAM mula inkuiri awam himpunan haram Bersih 9 Julai

Bernama
SELASA, 11 Oktober, 2011: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) hari ini memulakan inkuiri awam berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi manusia sebelum dan semasa perhimpunan haram di ibu negara, 9 Julai lalu. 

Inkuiri itu yang dipengerusikan Naib Pengerusi SUHAKAM, Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee, dengan dibantu oleh Pesuruhjayanya, Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi A Majid dan Detta Samen, menemubual tiga saksi, termasuk seorang wartawan sebuah portal.

Ia dijalankan di pejabat SUHAKAM di sini yang turut dihadiri enam pemerhati terdiri daripada empat peguam Majlis Peguam dan dua pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pegawai SUAHAKAM, Ammer Izyanif Hamzah, berkata siasatan awam diadakan berikutan SUAHAKAM menerima aduan dan memorandum daripada orang awam dalam bentuk kenyataan, dokumen dan rakaman video berhubung dakwaan berlaku perlanggaran hak asasi manusia sebelum dan semasa perhimpunan itu. 

Ameer berkata, hasil inkuiri nanti, Suhakam akan membuat syor mengenai langkah yang perlu diambil supaya pelanggaran hak asasi seumpama ini tidak berlaku lagi. 

Beliau berkata, setakat ini SUAHAKAM tidak dapat memastikan jumlah saksi yang akan dipanggil untuk inkuiri tersebut dan juga tempoh untuk diadakan. 

Saksi pertama yang ditemubual SUAHAKAM ialah Kenneth Steven Chan Wen Chin, 39, dan wartawan portal MSN.com.my, Reta Lee Choi Wei, 30, yang membuat liputan perhimpunan itu.

Inkuiri awam yang bermula pada pukul 9.30 pagi tadi berakhir pada 1.30 tengah hari dan dijangka disambung 15 November. 

No comments:

Post a Comment