My Add

Sunday 16 October 2011

Terima siapa bakal dipilih menjadi calon – Presiden Gerakan


Bernama

AHAD, 16 Oktober, 2011: Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon meminta semua anggota parti supaya menerima calon yang diputuskan pucuk pimpinan parti untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.


Tsu Koon berkata, Gerakan telah memulakan proses penilaian calon untuk pilihan raya itu dengan menemu duga mereka yang berpotensi sejak setahun lepas.

"Pada pilihan raya nanti, pemilihan calon adalah sangat penting. Pihak kepimpinan parti telah pun memulakan proses penilaian dengan mewawancara calon berpotensi semenjak setahun yang lalu.

"Kita telah dan akan sentiasa memberi peluang yang adil kepada semua yang berminat menjadi calon dengan fikiran yang terbuka,” katanya ketika menyampaikan ucapan Presiden pada Persidangan Perwakilan Nasional ke-40 2011, yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di Menara PGRM di Kuala Lumpur, hari ini. .

Tsu Koon berkata, apabila keputusan muktamad mengenai calon dibuat, anggota parti itu perlu menerimanya dengan semangat Satu Hati, iaitu slogan parti itu.

No comments:

Post a Comment