My Add

Saturday 15 October 2011

UMNO sedia hadapi Pas jika DUN dibubar

Utusan Maalaysia
JUMAAT, 14 Oktober, 2011: UMNO Kelantan sedia menghadapi kemungkinan Pas tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan Parlimen apabila pengumuman dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak nanti.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin yakin sekiranya langkah itu dilakukan Pas, peluang untuk merampas semula negeri ini semakin cerah.

"Jentera parti dapat menumpukan sepenuh kekuatan yang ada jika ia dibuat secara berasingan," katanya selepas melakukan lawatan ke peti undi Tanjung Jering dekat Bachok, petang semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendapat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam agar Pilihan Raya Umum Ke-13 elok diadakan pada tempoh yang paling hampir dengan tarikh mandat kerajaan sedia ada berakhir pada April 2013.

Menurut Dr. Mahathir, ia bagi mengelakkan pakatan pembangkang yang menguasai empat negeri (Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah) tidak membubarkan DUN masing-masing secara berasingan.

Sehubungan itu, Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, terserah kepada Pas Kelantan untuk membuat pilihan sama ada mahu membubarkan serentak atau sebaliknya dan UMNO sedia menerima kedua-duanya tanpa sebarang masalah.

"Kita sudah bersedia untuk menghadapinya sama ada sekarang atau dua tahun lagi," katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Bachok.

Bagaimanapun, Awang Adek tidak yakin Pas Kelantan akan mengadakan pilihan raya secara berasingan berasaskan beberapa faktor termasuk pengaruh yang semakin merosot dan kedudukan kewangan semakin meruncing.

"Kalau mengadakan pilihan raya serentak mereka tidak payah mengeluarkan belanja sampai dua kali," katanya.

No comments:

Post a Comment