My Add

Wednesday 12 October 2011

Unit Selamatkan Akidah Selangor bimbing 25 yang terpesong

Dr. Hasan Ali
Bernama
RABU, 12 Oktober, 2011: Unit Selamatkan Akidah (USA) kerajaan negeri Selangor yang ditubuhkan Ogos lepas telah membantu dan membimbing 25 umat Islam yang telah dikatakan terpesong akidah mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, unit yang di bawah jawatankuasa itu turut memberikan sumbangan kepada mereka mengikut keperluan seperti bantuan perumahan, belanja bulanan serta belanja anak-anak ke sekolah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Menangani Cabaran Kristianisasi di Malaysia selama sehari anjuran Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Shah Alam.

Hasan berkata, ada antara mereka yang datang ke unit itu untuk mendapat bantuan kaunseling, dan kebanyakan mereka dari kawasan bandar.  

No comments:

Post a Comment