My Add

Wednesday 12 October 2011

Video seks: Bos-bos pembangkang ‘mati kaki’?

ROSLI ISMAIL




Agenda Daily
RABU, 12 Oktober, 2011: N Surendren bukan seorang peguam yang kecik anak.Mungkin atas sebab itu beliau dilantik oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi salah seorang Naib Presiden PKR.Banyak orang lain dalam parti itu yang merasa diri mereka lebih layak duduk kerusi itu dikatakan bengang dengan lantikan itu.

Ini mencetuskan cakap-cakap beliau diletak di situ untuk tidak lebih menjadi ‘pagar’ kepada bosnya yang kebelakangan ini berdepan dengan kemelut perundangan.

Surendran tentu cukup arif tentang selok belok undang-undang.Universiti yang mengajarnya hingga lulus dan berjaya menjadi peguam tentu sudah bagi kuliah secukupnya kalau dalam bab fitnah – saman saja.

Bukan setakat beliau,Anwar juga dipagari oleh sebilangan peguam hebat hebat dan ternama lain.Sebut nama mereka termasuk Karpal Singh dan Sankara Nair,pasti mereka yang cuba ‘ ganggu’ Anwar akan terketar berpeluh.

Hairan juga mereka nampaknya macam ‘ mati kaki’ dalam isu pendedahan video seks yang didakwa melibatkan Anwar.

Ketua Pembangkang itu sendiri juga macam orang yang sudah habis cara nak bersilat dengan pendedahan ini.Ada ke jawab tidak mahu layan hal yang mengaibkan orang bila ditanya wartawan baru-baru ini.

Terbaru,Selasa Surendran mengeluarkan satu kenyataan dinilai para pemerhati politik ‘ cukup lemah’ untuk mempertahankan bosnya tentang pendedahan klip baru pemanas badan – aksi didakwa dirakam di Bangkok Thailand.

Klip berkenaan memaparkan seorang lelaki yang di dakwa Anwar di dalam sebuah bilik hotel sedang menunggu untuk mengadakan aksi seks.

Ikut ceritanya klip yang ditunggu-tunggu penyebaran itu melibatkan aksi ‘ satu pukul dua’.

Dalam kenyataanya  Surendran hanya mendakwa  tindakan terdesak itu cuma satu langkah untuk mengalih perhatian rakyat daripada Bajet 2012 .

"Ini sudah tentu bukan satu kebetulan kerana video baru ini muncul pada masa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan bertungkus lumus mempertahankan Bajet 2012 yang baru dibentangkan," katanya.

"Politik menumbangkan seseorang pemimpin dengan menggunakan video seks ini telah dimulakan oleh Umno-BN semasa pentadbiran (Tun Dr) Mahathir Mohamad. Banyak sumber-sumber negara diguna untuk mencipta pelbagai dakwaan seks luar biasa terhadap Anwar Ibrahim yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri.

"Meneruskan tradisi yang hina ini, Umno-BN kini cuba menyembunyikan salah urus ekonomi, penyalahgunaan kuasa dan amalan rasuah dengan mencipta video seks palsu," katanya.

Betulkah begitu?

Ramai yang bertanya apakah peguam hebat ini lupa yang klip video yang didakwa dirakam di sebuah apartmen di Ampang sudah disahkan 99.9 peratus tulin oleh pakar dari luar negara.

Eskay dan geng Datuk T masih goyang kaki belum disaman sampai hari ini.

Bagaimana pula tentang klip video CCTV yang baru-baru ini disebar mendedahkan kelibat dua lelaki sedang naik dann turun lif yang jelas macam DatuK Sharzly Eskay Abdullah dan Anwar.

CCTV itu selari waktunya dengan masa rakaman aksi seks dengan pelacur China.

Setakat ini belum dengar lagi Datuk Johari Abdul atau lain-lain pemimpin pembangkang kata itu lakonan makeup artis.

Sebelum ini ramai yang tertawa melihat gelagat Ahli Parlimen Sungai Petani itu bersusah payah ke Bangkok untuk cari pakar untuk makeup dirinya jadi macam P Ramlee untuk buktikan bosnya ‘ kena main’.

Kini AKAN DATANG klip video di Bangkok pula.

Apa kena mengena bajet negara dengan klip video ?

Lagipun isu pendedahan klip video ini sudah dibuat oleh Datuk T lama sebelum bajet.

Klip video Bangkok ini adalah lanjutan dari pendedahan itu yang dipercayai dibuat oleh pihak yang mendedahkannya untuk membuktikan apa yang mereka dakwa itu benar.

Satu boleh nafi...dua boleh nafi...tiga atau empat bagaimana?

Pakatan pembangkang kini cuba terus berlagak ‘ control malu’ buat isu pendedahan macam tidak ada hal.

Mereka dikatakan cuma ' harap-harap' orang tidak percaya apa yang dilihat.

Maka tidak hairan timbul kenyataan lawak Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang video besi tidak boleh dijadikan bahan bukti.

Ramai yang terasa diri mereka macam bodoh dan tidak ada otak mendengar kenyataan seumpama itu yang dibuat di Muktamar PAS tidak lama dulu.

Apa lagi isu pendedahan rakaman perbualan ‘ panas’ didakwa antara Timbalan Presiden Mat Sabu dengan Normah masih rancak diperbualkan dan belum beres.

Pelik juga pembangkang yang rancak meminta tubuh Suruhanjaya Diraja siasat itu ini sehingga hari ini terus kecut tidak berani meminta siasatan terbuka keatas kes video didakwa libatkan Anwar dan rakaman didakwa libatkan Mat Sabu.

Dakwaan ini bukan’ cakap kosong’.Satu dunia boleh melihat video itu dan mendengar rakaman itu.

Ada berani? ...

Kalau Surendran ‘ gayat’...apa kata Datuk Mahfuz Omar bentang usul tergempar di Dewan Rakyat yang sedang bersidang sekarang minta suruhanjaya itu ditubuh segara.

No comments:

Post a Comment