My Add

Monday 14 November 2011

180, ditahan polis disyaki ada kaitan dengan kongsi gelap

AHAD, 13 November, 2011: Polis menahan 180 orang, tujuh daripada mereka wanita yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap dalam serbuan di sebuah rumah rehat, di Teluk Batik, Lumut, malam semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahalan berkata, mereka yang berumur antara 17 dan 30 tahun itu ditahan dalam serbuan pada pukul 9 malam hasil maklumat orang awam.

Antara yang ditahan termauk 39 pelajar sekolah berusia 17 tahun yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia minggu depan dan beberapa orang penjawat awam, katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati satu upacara angkat sumpah turut diadakan di rumah rehat itu.

Shukri berkata, kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung untuk siasatan.

No comments:

Post a Comment