My Add

Wednesday 16 November 2011

5,156 pusat pemindahan bagi 1.4j mangsa banjir disediakan

RABU, 16 November, 2011: Jabatan Kebajikan Masyarakat menyenarai 5, 156 nuah pusat pemindahan yang boleh menampung 1.4 juta mangsa banjir di seluruh negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, hari ini,

Beliau berkata, 28,000 anggota daripada agensi-agensi berkaitan telah diletakkan dalam keadaan bersiap sedia daripada segi aset darat, air dan udara.

Katanya, Jabatan Meteorologi telah melaporkan bahawa beberapa negeri di Semenanjung Malaysia selain Sabah dan Sarawak akan menerima lebihan hujan antara 20 dan 40 peratus berbanding tahun lepas dalam tempoh antara November ini hingga Mac tahun hadapan, lapor Bernama.

"Tahun lalu ada banjir, tetapi kita ramalkan tahun ini mungkin lebih sedikit.

"Jika ramalan itu tepat, kita telah buat persiapan lebih rapi dan terperinci dari tahun lalu. Kita sudah bersedia untuk menghadapi segala bentuk bencana banjir,” katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat khas mengenai persiapan banjir.

Muhyiddin berkata, negeri-negeri yang dijangka menerima hujan yang tinggi ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis, Kedah, Wilayah Persekutuan dan Sabah.

Fenomena air pasang besar pula diramalkan akan berlaku pada 25 Disember ini dan 23 Januari tahun depan.

Banjir: Persiapan dibuat pastikan calon SPM tidak terjejas

Sementara itu, Kementerian Pelajaran telah membuat persiapan termasuk mengambil kira kemungkinan berlaku banjir di sekolah tertentu bagi memastikan pelajar yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika ini, tidak terjejas.

Muhyiddin berkata, sekolah-sekolah tertentu di kawasan dan di negeri yang biasa dilanda banjir telah dikenal pasti dan penempatan akan dibuat jika sekolah mereka ditenggelami air.

"Kita telah buat persiapan, kita harap tidak akan berlaku tetapi jika ada macam tahun-tahun lepas, sekolah yang tertentu telah dikenal pasti di seluruh negara di kawasan, di negeri-negeri yang biasa dilanda banjir.

”...dan penempatan di sekolah-sekolah tertentu akan dibuat jika sekolah mereka ditenggelami air. Ini akan ditetapkan oleh pihak pengetua atau guru besar sekolah berkenaan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau meninjau seramai 164 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 14(1) sedang menduduki Kertas Bahasa Inggeris 1 bagi peperiksaan SPM 2011 yang bermula semalam.

Seramai 468,808 calon menduduki peperiksaan SPM yang bermula semalam hingga 14 Disember ini di 3,533 pusat peperiksaan di seluruh negara.

No comments:

Post a Comment