My Add

Sunday 13 November 2011

83 projek perumahan terbengkalai dibaikpulih

AHAD, 13 November, 2011: Sebanyak 83 daripada 167 projek perumahan yang diisytiharkan terbengkalai sejak tahun 2009 berjaya dipulihkan sehingga akhir bulan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Chor Chee Heung.

Beliau berkata, kejayaan itu dengan hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri yang telah memberi manfaat kepada 9,278 pembeli yang telah menunggu sekian lama untuk memiliki rumah.

“Sebanyak 62 projek atau 37 peratus lagi sedang dipulihkan dan berada dalam pelbagai peringkat kemajuan manakala baki 22 projek kini dalam perancangan untuk dipulihkan,” katanya ketika merasmikan Seminar Perumahan Kebangsaan anjuran bersama KPKT dengan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) dan Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lmpur, hari ini.

Chee Heung berkata, kebanyakan kes projek perumahan terbengkalai melibatkan pemaju tidak berlesen yang mengambil peluang mengaut keuntungan ekoran kurang kesedaran pembeli mengenai hak mereka sebagai pembeli seperti yang terkandung dalam surat perjanjian jual beli (S&P).

No comments:

Post a Comment