My Add

Friday 18 November 2011

Alumni bantah keputusan roboh asrama Yayasan Selangor

KHAMIS, 17 Novembr, 2011: Persatuan Alumni Asrama Yayasan Selangor (PAYS) hari ini menghantar memorandum ke pejabat Menteri Besar Selangor membantah keputusan yayasan itu merobohkan dua buah asrama pelajar di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Menurut Bernama,wakil persatuan, Badrulzaman Baharuddin berkata, Yayasan Selangor telah lari dari matlamat penubuhannya untuk membantu pelajar luar bandar di negeri itu mendapat pendidikan di bandar demi merapatkan jurang pendidikan antara kedua-dua kawasan.

Alasan merobohkan asrama itu tahun depan untuk pembangunan projek komersial tidak boleh diterima, kata Badrulzaman kepada pemberita di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.

Dua asrama itu ialah Asrama Tun Dr. Ismail yang menempatkan pelajar lelaki dan Asrama Toh Puan Norashikin bagi pelajar perempuan. 

No comments:

Post a Comment