My Add

Thursday 17 November 2011

Amah Indonesia boleh ke Malaysia mulai i Disember

NAJIB dan Susilo bersalam selepas selesai
berunding, semalam.
KHAMIS, 17 November, 2011: Akhirnya, kira-kira 50,000 pembantu rumah dari Indonesia boleh ke Malaysia semula mulai 1 Disember ini, setelah persetujun penhantaranya yang dibeku dan tertangguh lehih dua tahun lalu tercapai.  

Kedua negara, Indonesia dan Malaysia bersetuju dengan beberapa pindaan bagi menjaga kebajikan pembantu rumah dan majikan, termasuk potongan gaji oleh majikan, bayaran agensi yang dikenakan, kursus dan cuti mingguan.

Persetujuan itu tercapai selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono bermesyuarat dua hala di luar Sidang Kemuncak ASEAN di Bali, lewat petang semalam.

Najib yang mengumumkan persetujuan itu, membayangkan keikhlasan Presiden Indonesia untuk mencari penyelesaian positif selepas Indonesia membekukan penghantaran pembantu rumah sejak 26 Jun 2009.

‘‘Keputusan ini membayangkan keikhlasan Presiden Susilo untuk mencari penyelesaian positif terhadap apa juga masalah demi kepentingan bersama.

‘‘Saya harap berita ini disambut baik dan pelaksanaannya akan berjalan lancar,’’ katanya kepada wartawan Malaysia di sini malam ini," kata Najib.

Wartawann Utusan Malaysia, Hassan Mohd. Noor memetik Najib sebagai berkata, keputusan itu dimuktamadkan selepas pasukan petugas yang dibentuk kedua-dua negara meneliti beberapa isu dan masalah berkaitan perubahan dalam MoU berkenaan.

Kata Najib, pasukan petugas itu juga akan memantau persetujuan itu dan satu laporan juga akan dibuat berhubung keputusan berkenaan dalam tempoh tiga bulan ini.

Berikutan keputusan tersebut, dijangkakan 50,000 pembantu rumah bersedia memasuki pasaran Malaysia selewat-lewatnya pertengahan Januari bagi memenuhi permintaan majikan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S.Subramaniam kemudian menerangkan lebih lanjut mengenai MoU itu berkata, beberapa isu diselesaikan dan kos yang dikenakan oleh agensi pengambilan pembantu rumah ditetapkan sebanyak RM4,511, selain pembantu rumah wajib mengikuti kursus selama 200 jam atau 21 hari  diuruskan oleh pihak Indonesia.

Bagaimanapun tidak ditetapkan sebarang gaji minimum sebaliknya bergantung kepada kadar pasaran. Bayaran gaji hendaklah dibuat melalui bank kecuali di kawasan yang jauh atau tidak mempunyai kemudahan tersebut.

Setiap pembantu rumah akan diberi cuti satu hari dalam seminggu dan jika dipanggil bekerja pada hari tersebut, majikan perlu membayar mengikut akta yang ditetapkan.

Melalui MoU itu juga, majikan tidak boleh lagi menyimpan pasport pembantu rumahmya sebagai menghormati hak yang dimiliki oleh pemegang pasport berkenaan.

Majikan tidak perlu bimbang atau risau pembantu rumah mereka bebas untuk ‘lari’ atau meninggalkan tugas sesuka hati kerana ada peraturan yang mewajibkan agensi yang bertanggungjawab membayar semula segala bayaran yang dikeluarkan oleh majikan sekiranya pembantu rumah lari dalam tempoh enam bulan.

Agensi boleh menggantikan pembantu rumah lain.

Mengenai potongan gaji oleh majikan, MoU itu menetapkan hanya terhad kepada RM1,800 dan kaedah pemotongan pula hendaklah dalam kadar 50 peratus daripada gaji bulanan.

‘‘Majikan tidak boleh membuat potongan seratus peratus dalam satu masa dan tempoh pemotongan juga boleh dirundingkan oleh kedua-dua belah pihak,’’ katanya.

Berikutan penarikan balik pembekuan itu, visa lawatan sosial untuk membolehkan tenaga kerja Indonesia bekerja sebagai pembantu rumah ditarik balik.

No comments:

Post a Comment