My Add

Saturday 19 November 2011

ASEAN, peralihan kuasa global: Pandangan Perdana Menteri

JUMAAT, 18 November, 2011: Ketika  ketua-ketua kerajaan dari Asia Tenggara dan beberapa negara lain berkumpul di Bali untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-19, perkembangan ekonomi di benua Eropah terus menjadi tumpuan.

Oleh kerana setiap hari, ada saja berita buruk yang dilaporkan — langkah menyelamat yang terpaksa diambil, pentadbiran yang jatuh dengan mendadak — maka para pemimpin dan pakar ekonomi dari Eropah dan seluruh dunia melihatnya dengan penuh debaran sambil berharap negara mereka terhindar daripada mengalami nasib serupa.

Ulasan Bernama menyebut, memanglah, reaksi paling mudah ialah memerhati saja nasib yang menimpa Eropah dan sambil itu menjaga diri sendiri serta memperkemaskan kedudukan masing-masing dengan harapan badai yang melanda itu akan berakhir. Tetapi, sikap memencil diri tidak boleh membawa kemajuan.

Ekonomi global memang demikian. Ia bersifat global dan menjadi milik seluruh dunia. Perdagangan dan perindustrian adalah sesuatu yang lebih saling berkait sifatnya serta saling bergantung, berbanding perkara lain dalam sejarah dan seolah-olah merupakan sesuatu yang tidak boleh dielak.

Oleh itu, kita tidak boleh lari daripada hakikat ini — dan cara terbaik bagi negara anggota ASEAN untuk menangani krisis semasa dan memperkukuhkan kedudukan kita dengan sedapat mungkin untuk menghadapi tahun-tahun yang akan datang — ialah bukan berpecah belah, merapatkan hubungan, bukan berpecah-belah.

Selama hampir setengah abad, Perang Dingin telah mengikat dunia dengan prinsip dwipolar: sama ada anda menyebelahi Amerika Syarikat atau Soviet Union.

Kini, pada abad ke-21, ekonomi kita menjadi begitu saling bergantung, manakala proses pengeluaran pula begitu meluas dan melangkaui sempadan serta lautan hingga menjadikan kepentingan ekonomi nasional semakin menjurus kepada kepentingan bersifat kolektif.

Sebab itulah, di Malaysia, kami menolak pendirian “memihak” dan memilih multilateralisme baru yang membawa manfaat kepada kami dan rakan kami dari luar negara.

Lima puluh tahun lepas, Malaysia hanyalah satu daripada jejari dalam roda antarabangsa, tetapi hari ini, kami menjadi habnya - kami mempunyai hubungan dengan Amerika dan pada waktu yang sama, mempunyai hubungan dengan China, Eropah, Timur Tengah dan Afrika juga. 

No comments:

Post a Comment