My Add

Friday 18 November 2011

Awas borang palsu bantuan khas RM500: Awang Adek

JUMAAT, 18 November, 2011:Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, hari ini mendedahkan wujud golongan tertentu mengedar borang palsu bantuan khas kerajaan RM500 kepada rakyat berpendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan lebih awal, terutama di kampung. 

Menurutnya, hanya Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sahaja yang berhak mengedarkan borang berkenaan bermula 1 Disember.

Awas, sebarang borang yang diedarkan sekarang tidak boleh digunakan kerana ia bukan borang sahih, katanya.

"Pihak yang berbuat demikian perlu menghentikannya segera kerana ia boleh mengelirukan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat dengan pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bachok, lapor Bernama.. 

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, berkata LHDN kini di peringkat akhir penyediaan borang dan akan mengedarkannya mengikut jadual yang ditetapkan. 

"Saya sendiri pun belum melihat borang berkenaan," katanya. 



No comments:

Post a Comment