My Add

Friday 11 November 2011

Bank Negara. DBP disaran audit guna Bahasa Melayu

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengauditan itu perlu bagi menilai tahap dan mutu penggunaan bahasa kebangsaan dalam semua urusan di institusi kewangan dan GLC, lapor Utusan Malaysia.

“Penarafan ini akan menjadi kayu ukur kepada pencapaian institusi kewangan dari segi penggunaan Bahasa Melayu.

“Kita memahami bahawa penggunaan bahasa asing terutama bahasa Inggeris adalah penting untuk meningkatkan perniagaan dan perdagangan di peringkat antarabangsa, tetapi tidak bermakna kita harus meminggirkan bahasa Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Simposium Penggunaan Bahasa Kebangsaan Sektor Kewangan dan Insurans di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadiri Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

Muhyiddin menambah, institusi kewangan juga wajar melihat budaya penggunaan bahasa Melayu dalam sektor itu sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat yang perlu dilaksanakan.

Sebagai contoh, kata beliau, institusi kewangan boleh memperuntukkan sebahagian daripada keuntungan untuk menjayakan aktiviti dan program yang menjurus kepada pembudayaan Bahasa Melayu.

Muhyiddin percaya banyak kerjasama strategik antara institusi kewangan dengan badan bahasa dapat diusahakan untuk melaksanakan aktiviti tersebut.

“GLC sewajarnya mempelopori usaha menyokong agenda nasional untuk memartabatkan bahasa kebangsaan dalam bidang kewangan.

"Dengan itu, inisiatif yang digerakkan oleh DBP dan BNM seperti simposium ini dapat diteruskan oleh penggiat industri kewangan sendiri,” katanya.

Muhyiddin juga mencadangkan supaya semua institusi kewangan menyediakan kursus berkaitan bahasa bagi melahirkan modal insan yang mahir dalam Bahasa Melayu.

No comments:

Post a Comment