My Add

Wednesday 16 November 2011

Bantuan RM100 boleh lagi dituntut selepas minggu ini

RABU, 16 November, 22011: Ibu bapa yang mempunyai kesulitan untuk menuntut wang bantuan persekolahan RM100 sepanjang minggu ini masih dibenarkan mendapatkannya selepas tempoh itu, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud. 

Sambil menolak dakwaan kononnya wang itu akan dipulangkan kepada kerajaan jika ia tidak dituntut dalam minggu ini, beliau berkata, bantuan berkenaan akan tetap dikeluarkan pada masa lain termasuk cuti sekolah sekiranya ia dituntut kerana ia adalah hak pelajar, lapor Bernama.

"Kita tekankan untuk beri pada minggu ini sebab kita nak kejar waktu persekolahan, jadi ibu bapa boleh datang bersama dan duit itu dapat digunakan untuk membeli keperluan persekolahan mereka. Sebab dah tak ada masa lagi sekolah nak beri pada ibu bapa dan murid-murid kerana nanti dah cuti sekolah.

"Jadi kalau tak dapat datang, mereka boleh tuntut dari pihak sekolah selepas itu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 1Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini. 

Abdul Ghafar bagaimanapun menasihatkan ibu bapa agar segera menuntut bantuan itu bagi membolehkan persediaan untuk sesi persekolahan tahun depan termasuk membeli pakaian dan buku dapat disempurnakan secepat mungkin. 

Beliau berkata, mana-mana pihak yang tidak mahu menerima bantuan itu pula perlu memaklumkan kepada pihak sekolah untuk memulangkannya. 

Mengenai kebenaran untuk melanjutkan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris ke sekolah menengah, Abdul Ghafar berkata, pihak sekolah akan menentukan sama ada untuk menyediakan kemudahan terbabit dengan mengambil kira pandangan dan kesediaan ibu bapa dan pelajar.

Beliau berkata, sekiranya sekolah di mana pelajar berkenaan didaftarkan tidak dapat menyediakan kemudahan itu, pelajar yang masih ingin meneruskan aliran itu dibenarkan untuk menukar sekolah dengan dibantu oleh pasukan petugas yang diwujudkan di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing. 

No comments:

Post a Comment