My Add

Tuesday 22 November 2011

Biomas Kebangsaan menyediakan 70,000 peluang kerja baru

NAJIB mendengar penerangan Prof. Dr. Chan Lai Keng (kanan) dari Universiti Sains Malaysia mengenai Equsains Airlift Culture Vessel selepas merasmikan BioMalaysia 2011 dan Sidang Kemuncak RIM Pasifik Mengenai Industri dan Biotenaga 2011 di Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA


SELASA, 22 November, 2011:
STRATEGI Biomas Nasional yang dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak
di Kuala Lumpur semalam, menyediakan 70,000 peluang pekerjaan baru, selain menjana RM30 bilion pendapatan baru kepada Malaysia menjelang 2020.

Menurut Perdana Menteri, dasar baru itu akan meningkatkan kemampuan negara dalam bidang biomas ke arah menjadi hab dunia dalam bidang bioekonomi dan bioteknologi.

Strategi bertemakan ‘Biomas Ke Arah Kekayaan’ itu akan dibangunkan oleh Agensi Inovasi Malaysia (AIM) dengan kerjasama Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MiGHT), agensi kerajaan berkaitan serta sektor korporat dan universiti.

“Strategi ini akan mendorong kepada perkembangan industri bernilai tinggi yang baru seperti biotenaga dan biokimia serta menjana 70,000 peluang pekerjaan dengan 40,000 daripadanya melibatkan bidang pekerjaan mahir,” kata Najib ketika  merasmikan BioMalaysia 2011 dan Sidang Kemuncak RIM Pasifik Mengenai Industri dan Biotenaga 2011. 

Menuru beliau, Biomas adalah hasil pertanian dan organisma mikro yang boleh menghasilkan tenaga serta komoditi komersial melalui proses bioteknologi dan merupakan sumber tenaga boleh diperbaharui.

Najib berkata , strategi baru itu akan mendorong pertumbuhan ekonomi tinggi di kawasan luar bandar di samping menggalakkan penghasilan teknologi tempatan yang baru.

Menurutnya, ia merupakan pendekatan bersifat mesra alam apabila dapat mengurangkan pelepasan gas metana sekali gus menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.

“Paling utama, biomas mempunyai potensi besar kepada ekonomi negara apabila dijangka menyumbang sehingga RM30 bilion dalam bentuk pendapatan menjelang 2020.

“Strategi baru itu sangat jelas dalam membawa kerajaan merebut peluang itu dan sudah semestinya kita sangat teruja dengan prospek tersebut dan begitu optimis mampu mencapai kejayaan dalam bidang itu,” katanya.

Najib juga mengumumkan satu pelan hala tuju bioekonomi yang akan dirangka awal tahun depan dalam memastikan negara tidak ketinggalan merebut peluang ekonomi yang ditawarkan sektor itu.

Katanya, pelan hala tuju itu akan dibangunkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Malaysian Biotechnology Corporation (BiotechCorp) serta agensi berkaitan yang lain.

“Pelan hala tuju itu akan bergerak seiring dengan Polisi Bioteknologi Kebangsaan ke arah meningkatkan penglibatan negara dalam bioekonomi pada masa depan,” katanya.

Menerusi pelan hala tuju itu, beberapa bidang utama dalam bioekonomi akan diberiperhatian oleh kerajaan seperti bioekstrak, ‘biomining’ serta ‘bioconversion’ di bawah sektor kesihatan dan pertanian, katanya.

Perhatian, kata beliau, sektor bioekonomi berasaskan pengetahuan teknologi sepertigenomik, proteomik dan metabolomik, tambah beliau.

No comments:

Post a Comment