My Add

Friday 18 November 2011

Dedah laporan siasatan PKNS

KHAMIS, 17 November, 2011: Kerajaan negeri diminta mengemukakan laporan siasatan dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang pernah didedahkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) November lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Shaari Sungib berkata, sehingga kini tiada penjelasan diberikan berhubung apa yang telah dilakukan kerajaan negeri terhadap semua pendedahan tersebut.

Beliau berkata, pendedahan yang dibuat, termasuklah bayaran gaji yang cukup lumayan kepada pekerja kontrak PKNS, kos sewa, perpindahan dan ubah suai pejabat korporat yang melampau, lapor Utusan Malaysia.

''Saya masih tunggu jawapan hitam putih daripada kerajaan negeri mengenai perkara ini. Jawapan secara mulut pun saya belum dapat," katanya.

Pada sesi perbahasan Bajet 2011, sidang DUN November tahun lalu, ADUN dari Pas itu mendedahkan berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa dalam perbelanjaan PKNS melibatkan bayaran gaji yang cukup lumayan terhadap beberapa pegawai kontrak iaitu sekitar RM10,000 hingga RM24,000 sebulan.

Selain itu, turut dibangkitkan ialah soal kos sewa, kos perpindahan serta kos ubah suai pejabat korporat PKNS yang melebihi RM15,785,552.

Shaari turut menyoal Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Pengerusi PKNS berhubung kaedah yang digunakan oleh kerajaan negeri melantik Prof. Erman sebagai perunding PKNS selama enam bulan dengan bayaran RM450,000.

Beliau turut mendesak siasatan dilakukan berhubung semua dakwaan yang dikemukakan dan meminta agar PKNS dan Abdul Khalid disiasat ke Jawatankuasa Pilihan Khas Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

No comments:

Post a Comment