My Add

Monday 14 November 2011

Gaji minimum: Kerajaan Selangor amal diskriminasi?

ISNIN, 14 November, 2011: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor berkata, kerajaan negeri mengamalkan diskriminasi terhadap penjawat awam di negeri itu dengan memperkenalkan gaji minimum hanya kepada kakitangan anak syarikat kerajaan negeri semata-mata.

Bernama memetik Datuk Mohd Isa Abu Kasim (BN-Batang Kali) sebagai berkata, amalan itu tidak sepatutnya wujud dengan mengambil kira kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini yang berkata, kerajaan negeri berjaya meningkatkan pendapatan dan hasil kerajaan negeri dalam pembentangan belanjawan negeri 2012 baru-baru ini.

"Kalau kerajaan negeri mengatakan ada pertambahan pendapatan, kenapa tidak berikan dan laksanakan gaji minimum kepada semua kakitangan awam Selangor.

"Ini jelas menunjukkan hasil dan pendapatan itu tidak disalurkan untuk manfaat kepada seluruh kakitangan awam negeri,” katanya ketika ditemui pemberita di luar sidang Dewan Undangan Negeri di Shah Alam, hari ini.

Abdul Khalid ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2012 baru-baru ini berkata, pelaksanaan gaji minimum bagi kakitangan anak syarikat kerajaan negeri termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) iaitu RM1,500 sebulan akan bermula tahun depan. 

No comments:

Post a Comment