My Add

Saturday 12 November 2011

Gaji minimum RM1,500: Selangor perlu penuhi janji

SABTU, 12 November, 2011: Beberapa kesatuan sekerja meminta Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tunaikan penetapan gaji minimum RM1,500 dalam Bajet Selangor 2012 yang dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam , bukan hanya sekadar janji manis.

Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia, Hamzah Masri berkata, harapan yang diberikan kepada pekerja di negeri itu perlu ditunaikan.

"Apabila dah janji kita perlu tunaikan kerana pekerja mengharapkannya. Kalau tidak ditunaikan, maka orang tidak akan percaya lagi dengan kerajaan negeri.

"Kita sokong usaha berkenaan kerana ia akan membawa manfaat kepada pekerja," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Beliau diminta mengulas Bajet Selangor 2012 berhubung penetapan RM1,500 sebagai gaji permulaan di syarikat-syarikat milik kerajaan negeri itu mulai tahun depan.

Pengerusi Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia cawangan Kuala Lumpur, Ja'apar Mansor pula berkata, pihaknya amat berharap janji itu dapat dilaksanakan.

"Bajet memang bagus tetapi adakah ia benar-benar akan dilaksanakan kerana pekerja akan kecewa jika ia tidak dilaksanakan," ujarnya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdul Halim Mansor memberitahu, usaha kerajaan negeri itu baik tetapi pelaksanaan secara drastik akan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

No comments:

Post a Comment