My Add

Saturday 19 November 2011

Hampir 10,000 dipindahkan dalam kebakaran Nevada

MUSNAH...keadaan kawasan kediaman yang musnah dijilat api di Reno, Nevada, Amerika Syarikat, hari ini. Gabenor Nevada, Brian Sandoval mengeluarkan perintah darurat selepas kebakaran yang sukar dikawal itu merebak cepat sehingga mengorbankan satu nyawa, memusnahkan 20 struktur rumah dan memaksa 9,500 penduduk meninggalkan kediaman mereka. - Foto Reuters

SABTU, 19 November, 2011: Hampir 10,000 penduduk dipindahkan susulan kebakaran yang melanda sebahagian besar wilayah Reno di Nevada, hari ini,

Dar Los Angeles AFP melaporkan, penduduk tempatan yang tidak berpindah dengan segera diberi amaran supaya tidak keluar dari kediaman masing-masing selepas asap tebal melanda kawasan itu.

Susulan kejadian itu, kira-kira 450 anggota bomba dikerahkan bagi memadamkan kebakaran yang sudah memusnahkan hampir 810 hektar di barat daya Reno.

"Anggota daripada pelbagai agensi kebakaran bekerjasama untuk memadamkan kebakaran yang sedang marak itu. 

"Bacaan kualiti udara di seluruh wilayah ini meningkat," kata Ketua Bahagian Kebakaran Bandar. 

"Bacaan kualiti udara di seluruh wilayah ini meningkat," kata Ketua Bahagian Kebakaran Bandar. 

Kira-kira 9,500 penduduk di daerah Nevada, wilayah Washoe dan Reno sudah dipindahkan dan diisytiharkan darurat, kata pihak berkuasa tempatan dalam satu laman web rasmi. 

No comments:

Post a Comment